BERIMAN KEPADA YANG GHAIB
Beriman
kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam,
bahkan ianya merupakan sifat yang
pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi
setiap orang Muslim,
mereka wajib beriman kepada yang
ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud
mengatakan: Yang dimaksudkan
dengan yang ghaib itu ialah segala
apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah
dan Rasul-Nya. Begitu
juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib
yang
wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun
jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab
berapa banyaknya sesuatu yang
tidak dapat kita lihat di dunia ini,
akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya,
tetapi hembusannya
dapat kita rasakan. Begitu juga roh
yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya
serta tidak dapat
mengetahui tentang hakikatnya akan
tetapi kita tetap meyakini wujudnya.
APAKAH ITU JIN?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam
bahasa arab dahulu kala, dan Genie
dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang
tertutup" atau
"yang tak terlihat". Hal itulah yang
memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam
tersembunyi", sekalipun
akidah Islam memaksudkannya dengan
makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan,
berjasad halus and hidup
bersama-sama kita di bumi ini. Dalam
sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga
jenis iaitu :
Jenis yang mempunyai sayap dan
terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan
berpindah-pindah."
AWAL PENCIPTAAN JIN
Allah
S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih
waktu yang lama bila dikiaskan
pada manusia mahupun jin sendiri.
Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia
dari tanah liat kering ( yang
berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah
menciptakan jin, sebelum itu
dari api yang sangat panas. ( Surah
Al-Hijr: 26-27 ).
BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP
Jin
adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan
sama bilangan penduduk bumi
sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu
tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan
mahupun udara.
Dunia mereka seperti dunia kita :
Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat
jerata. Agama mereka
pun tidak berbeza dengan agama
manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan
memperoleh hidayah dari
Allah S.W.T. Yang lain, beragama
Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.
TEMPAT TINGGAL JIN
Makhluk
jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan
sepi dari manusia seperti
di padang pasir. Ada yang tinggal di
tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka
memakan makanan
lebihan manusia.
Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya
pada tiap-tiap tempat pembuangan
kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke
tandas maka hendaklah
ia mengucapkan doa: " Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR.
Abu Dawud)
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya:
"Janganlah kamu kencing dilubang."
(HR. An-Nas'i)
(HR. An-Nas'i)
KERAJAAN IBLIS
Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat.
Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajid diwaspadai :
- Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar.
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa
musibah, baik kematian isteri, anak
ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan
permusuhannya
kepada Allah. Diucapkannya, melalui
mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap
ketentuan Allah
atas dirinya.
- Yang kedua, namanya ialah Dasim.
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk
mencerai-beraikan
ikatan perkahwinan, membuat rasa
benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi
penceraian. Dia adalah
anak kesayangan Iblis di wilayah
kerajaannya yang sangat besar.
-
Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.
-
Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
-
Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.
Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :
Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.
Menurut
buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang
mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai
lima anak, yang masing-masing
diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama
masing-masing anaknya : Tsabar,
Dasim, Al-A'war, Maswath dan
Zalnabur."
KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin
juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup
berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin
terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada
sesetengah ulama
membahagikan Jin kepada beberapa
kumpulan, antaranya ialah :-
- Kumpulan yang menunggu kubur
- Kumpulan yang menunggu gua
- Kumpulan yang menunggu mayat
- Kumpulan yang menunggu air mata air
- Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.
PEMIMPIN-PEMINPIN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah
:-
-
Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
-
Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
-
Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
-
Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
JENIS-JENIS JIN
-
Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
-
Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
-
Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
-
Al-Afrit - Penipu-penipu
-
Al-A'waan - Pelayan-pelayan
-
Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
-
Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
-
At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
-
Al-Qurana - Pengawan-pengawan
-
Al-Ummaar - Pemakmur.
ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR
-
Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
-
Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
-
Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
-
Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU
Jin
menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut
perwatakan dan rupa bentuk
penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu.
Hantu-hantu tersebut sebenarnya
adalah terdiri daripada golongan
Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk
yang berbeza daripada
Jin. Antara Jin-Jin yang popular di
kalangan masyarakat Melayu ialah :-
-
(a.) - Hantu Raya
-
(b.) - Hantu Toyol
-
(c.) - Hantu Pelesit
-
(d.) - Hantu Kubur
-
(e.) - Hantu Jerangkung
-
(f.) - Hantu Galah
-
(g.) - Hantu bungkus
-
(h.) - Hantu Bidai
-
(i.) - Harimau Jadian
-
(j.) - Hantu Pontianak
-
(k.) - Hantu Langsuir
-
(l.) - Hantu Air
-
(m.) - Hantu Pari
-
(n.) - Hantu Laut
-
(o.) - Jin Tanah
-
(p.) - Hantu Pochong
-
(q.) - Hantu Pari-Pari
-
(r.) - Jembalang Tanah
-
(s.) - Hantu Polong
-
(t.) - Harimau Penanggal
-
(u.) - Hantu Bukit
-
(v.) - Hantu Punjut
-
(w.) - Hantu Bawah Tangga
-
(x.) - Hantu Kum-Kum
-
(y.) - Hantu Mati Dibunuh
-
(z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
-
(zz) - Hantu Tengelong
MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN.
- Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka
No comments:
Post a Comment