Followers

Sunday, December 18, 2011

Jumlah kenderaan di dunia sekarang sudah lebih 1 billion



Bilangan kenderaan di seluruh dunia yang beroperasi telah melebihi 1 billion unit pada tahun 2010 untuk pertama kalinya (lebih kurang sebuah kereta bagi setiap tujuh orang).

Menurut penyelidikan Ward, yang melihat laporan kerajaan dan sejarah trend pendaftaran kenderaan penduduk, pendaftaran global melonjak daripada 980 juta unit pada tahun 2009 kepada 1,015 bilion pada tahun 2010.

Angka-angka menunjukkan anggaran bilangan kereta, trak ringan - sederhana - berat dan bas yang didaftarkan di seluruh dunia, tetapi itu tidak termasuk trak berat off-road.

China saja hampir separuh daripada pertumbuhan global, mendahului Jepun buat pertama kalinya, dan China menjadi kedua terbesar di dunia, dengan 78 juta kereta di jalan raya.

India juga menyaksikan pertumbuhan hampir 9 peratus, dengan menjadikan jumlah 21 juta kereta di jalan raya.

Walaupun kemerosotan di dalam jualan kereta, Amerika Syarikat masih menikmati tempat teratas, dengan jumlah kenderaan yang berjumlah 240 juta - kira-kira satu kereta untuk setiap 1.2 orang.

China dan India, yang mempunyai populasi manusia lebih daripada 1 billion setiap satu, masih jauh lagi untuk mengejar, dari segi kepadatan kenderaan.

Menurut Ward, China kini mempunyai sebuah kereta bagi setiap 17 orang, manakala India jauh ketinggalan di belakang, purata satu kereta bagi setiap 56 orang.

No comments:

Post a Comment