Followers

Sunday, December 11, 2011

POTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW~

"Jangan ada niat simpan kuku panjang,walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking.Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang degil sebab diberi makan bahan kotor yang berada dikuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa,buat cokodok pisang,uli tepung,dan lain-lain.

Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah,percayalah untuk yang bujang beringat lah.Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata,pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia,iaitu E-Coli.Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.Oleh itu,sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali,sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangannya,Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah pada jari manis atau jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari tengah @ jari telunjuk.Nabi Muhammad s.a.w melarang kerana memakai cincin pada jari tengah @ jari telunjuk adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah s.w.t iaitu kaum yang derhaka pada zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian kepada semua..! Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki mahupun perempuan.

(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku,Al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun…Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya,dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya,dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan,ianya suatu yang tidak ada dalilnya,ia merupakan suatu yang tercela di sisiku,sekiranya seseorang menggambarkan,cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya,maka jari-jari yang lain,dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu.Ya! memulakan dengan yang kanan samada tangan ataupun kaki itu ada asalnya,kerana Nabi Muhammad s.a.w suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

Wallahu'alam

1 comment: