Followers

Thursday, December 8, 2011

Kamar-Kamar Syurga


Sebagaimana neraka yg mempunyai tingkat-tingkatnya, begitu juga dgn syurga. Menurut Nurul Mubin dalam bukunya Semalaman Sahaja di Neraka, kamar-kamar syurga adalah seperti berikut:

-SYURGA ADN
Syurga Adn adalah tempat yg paling
mulia drpd semua tingkat syurga.Syurga ini dihuni oleh manusia yg dapat melintasi titian sirat dgn cepat bagaikan kilat.Keadaan ini kerana kesempurnaan iman dan Islamnya.Semasa hidup,mereka selalu mencari dan memburu keredaan Allah serta menyempurnakan ajaran Islam seperti solat,zakat, dan puasa

-SYURGA NAIM
Syurga Naim adalah tempat manusia yg beriman kpd Allah sebelum Nabi Muhammad.Mereka ini umat para nabi dan rasul terdahulu.Sesuai dgn janji Allah,mereka melintasi titian sirat selepas semua umat Nabi Muhammad habis melintasinya.Nikmat syurga ini tidak jauh berbeza drpd syurga-syurga yg lain

-SYURGA NA'WA
Syurga Na'wa adalah syurga untuk manusia yg mempunyai amal kebajikan lebih banyak drpd amal buruknya.Mereka melintasi titian sirat ini dgn keadaan sepantas kuda berlari.Mereka bergabung dgn mereka yg diselamatkan Allah kerana banyak mengerjakan amal kebajikan.

-SYURGA FIRDAUS
Syurga Firdaus ialah syurga tertinggi yg disediakan oleh Allah untuk manusia yg menyempurnakan agama dalam dirinya.Semasa di dunia,mereka sentiasa meningkatkan keimanan kpd Allah dgn amal kebaikan.Apabila meintastitian sirat,mereka dapat bergerak cepat bagai angin yg berhembus kencang.

-SYURGA DARUSSALAM
Syurga Darussalam adalah syurga mulia yg disediakan Allah untuk manusia yg mempunyai banyak amal kebaikan.Apabila melintasi titian sirat,diri mereka dipenuhi cahaya seperti pohon kurma.Mereka melintasinya sepantas orang yg menaiki kenderaan.

-SYURGA DARUL KHULUD
Syurga Darul Khulud ialah syurga untuk manusia yg banyak melakukan amal kebaikan,tetapi ada kalanya sering melakukan maksiat dan dosa ringan.Mereka sebenarnya takutkan azab Allah,tetapi masih tergoda dgn pujukan syaitan sehingga timbangan amal kebaikan di atas mizan sedikit sahaja.Mereka ini sempat bertaubat sebelum ajal menjemput..Akibatnya,cahaya yg meneranginya semasa melintasi titian sirat tidak begitu terang dan keadaannya seperti seorang orang berlari.Walaupun begitu,mereka sampai ke syurga dgn selamat

-SYURGA DARUL MUQAMAH
Syurga Darul Muqamah ialah syurga untuk kategori manusia yg tidak banyak mengerjakan amal kebaikan semasa di dunia,tetapi mereka lebih banyak melakukan maksiat.Namun mereka sempat bertaubat sebelum ajal menjemput.Keadaan mereka semasa melintasi titian sirat ini hanya diterangi oleh cahaya redup pada kedua-dua hujung kakinya.Ada yg hidup dan juga mati.Sepanjang titian sirat itu, kulit kaki mereka tersiat-siat kerana ketajaman titian itu

-SYURGA MAQAM AMIN
Syurga terakhir ialah syurga Maqam Amin.Syurga ini adalah tempat untuk manusia yg banyak melakukan perbuatan maksiat.Semasa mereka ini melintasi titian sirat,keadaannya gelap-gelita.Mereka terpaksa berjalan secara bertatih,terhuyung-hayang,jatuh dan bangun.Akibatnya,mereka terpelanting drpd titian sirat dan terjatuh ke dalam neraka.
   Namun mereka diberi pertolongan serta syafaat dan naik ke syurga kerana pernah mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah.Allah menunaikan janji-Nya dengan menempatkan mereka di Syurga Maqam Amin.

No comments:

Post a Comment