Followers

Friday, December 9, 2011

RENUNGAN DAN INGAT-MENGINGATI




"Salam saudara-saudaraku,

Maaf, satu perkataan yang mudah kita lafazkan. Tapi apakah maksud maaf dan situasi bagaimana kita boleh melafazkan maaf?

Bagi saya “maaf” hanya boleh dilafazkan jika berlaku sesuatu
perbuatan yang kita tidak sengajai seperti terlanggar atau terlupa. Jika kita mainkan perasaan dan hati seseorang, layak kah kita memohon kemaafan? Bagaimana pula berjanji dan tidak mahu tepati, adakah ucapan maaf sudah memandai?. Kenapa kita tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara.

Janji, apakah maksud janji ? Janji ibarat kita telah memberi satu harapan kepada seseorang. Boleh ker sesuka hati kita boleh menarik kembali janji yang kita lafazkan. Bagaimana perasaan orang kita telah berjanji itu? Cuba kita bayangkan berada di tempat mereka, tentu kita berasa kecewakan. Dalam Islam, manusia berpegang pada janji. Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita mengenai dosa tidak berpegang pada janji yang akan digolongkan sebagai munafik. Ingatlah kembali samada masih ada lagi janji yang kita tidak tepati, jika ada tepati lah sebelum terlewat kerana kematian tidak kira usia. Setiap benda yang hidup pasti akan mati. Jangan sesekali kita berjanji tidak kita tidak mampu untuk tepati. Bagaimana pula kalau orang yang kita berjanji itu menuntut janji, perlukah kita memusuhi dan menzalimi mereka?

Jangan lah kita sesekali menzalimi insan lain, kerana hidup di dunia ini bukanlah berkekalan. Jangan kerana kekayaan dan kedudukkan kita memberi satu tiket untuk kita menzalimi insan lain. Setiap perbuatan kita di dunia ini baik atau buruk akan mendapat pembalasannya. Di Akhirat nanti bukan kekayaan dan kedudukkan menjadi ukuran tetapi AMALAN DAN TAQWA. Kita ini semuanya sama tiada beza muda ataupun tua, kaya ataupun miskin. Tidak takut kah kita dengan seksaan dan azab di NERAKA kelak.

Bertanggungjawab, sama-samalah kita menjadi insan yang lebih bertanggungjawab. Jangan sesekali menuding jari kepada orang lain di atas kesalahan kita lakukan, padahal kita tahu masalah tersebut berpunca daripada kita. Megakui kesalahan kita dan perbetulkannya. Jika kita tidak berpuas hati dengan seseorang, kita tegurnya dengan sopan dan secara berdepannya. Jangan mengutuk di belakang, tidak jika sampai bila kelemahanya tidak diperbaiki. Orang yang kena tegur terimalah kritikan secara positif. Saya pun masih belajar untuk menerima teguran secara berdepan.

Peringatan ini sekadar ingat-mengingati saudara-saudaraku dan untuk memperbaiki diriku sendiri supaya menjadi manusia yang lebih berjaya di dunia & di akhirat. Assalamualaikum….

No comments:

Post a Comment